Friday, July 27, 2007

sebab berlakunya banjir...

Banjir daripada laut boleh menyebabkan limpahan kepada penebat banjir dan akan menyebabkan benteng semula jadi ini musnah. Kawasan disebalik pertahanan pesisir pantai ini mungkin terdedah kepada bahaya. Banjir daripada laut boleh disebabkan oleh ribut taufan, air pasang tinggi, tsunami, atau gabungan unsur-unsur berkenaan. Oleh kerana kebanyakan komuniti masyarakat terletak berdekatan dengan pesisir pantai, masalah ini menjadi ancaman utama di seluruh dunia.

Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan, selalunya kawasan rendah, ditenggelami dengan air. Banjir yang buruk biasanya akan berlaku apabila air sungai melimpah tebing sungai berkenaan. Satu contoh kejadian ini ialah pada bulan Januari 1999 di Queensland. Banjir berlaku apabila tanah dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat menyerap kesemua air. Air itu kemudian mengalir di atas tanah berkenaan. Air ini tidak dapat ditampung oleh aliran sungai atau kolam semulajadi atau disimpan dalam tempat takungan air buatan manusia.

Banjir adalah bencana alam yang kerap dialami di seluruh dunia. Oleh itu, ia adalah sukar atau mustahil untuk mendapatkan polisi insurans bagi melindungi barangan serta harta yang rosak akibat banjir.

banjir melanda johor

Johor merupakan negeri yang paling teruk terjejas akibat banjir ini. Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Muar, Pontian dan Segamat telah dilanda banjir. Hubungan ke Kota Tinggi dan Segamat telah terputus terus. Antara Sehingga 90,000 orang telah dipindahkan dan bekalan makanan di pusat pemindahan dilaporkan terhad . Sesetengah sekolah turut dibanjiri, namun musim persekolahan 2007 akan berjalan seperti biasa dan kerajaan Malaysia akan menderkana uniform sekolah kepada mereka yang terlibat. Kebanyakan mangsa telah tidak mendapat air besih dan elektrik . Mengikut Kementerian Kesihatan, kes-kes penyakit yang disebarkan air main meningkat . Di sesetengah tempat, kecurian dilaporkan berlaku selepas air bah telah surut .Melihat kesan banjir yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir amat memilukan.

banjir diMalaysia 2006-2007

Monday, July 23, 2007

hola.... selamat datang ke dunia urbanisasi...

fist, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah dalam blog ni.. Blog ni khas saya buat untuk kursus Urbanisasi dan Pembangunan bandar (SKAD 2063) yang akan meberikan pemahaman tentang urbanisasi dengan secara lebih dekat lagi. saya akan membincangkan isu urbanisasi ini dari pelbagai aspek dan pandangan agar kita dapat mengenal pasti apa sebenarnya urbanisasi dan adakah ia akan memberikan impak yang besar kepada negara kita... anda amat di alau-alukan untuk memberi komen ataupun cadangan tentang isu urbanisasi...

perbandingan aras banjir jan 200 dan dec 2006

perbandingan aras banjir jan 200 dan dec 2006

video banjir