Wednesday, August 29, 2007

Tentatif Pra-Lawatan Ke Kota Tinggi (2 Ogos 2007 ( Khamis )

Tentatif Pra-Lawatan Ke Kota Tinggi










2 Ogos 2007 ( Khamis )












7.45 pm : Berkumpul di hadapan foyer Fakulti Sains Sosial

dan Kemanusiaan ( FSSK )










8.00 pm : Bertolak ke Kota Tinggi










3 Ogos 2007 ( Jumaat )












2.30 am : Tiba di Kota Tinggi





Chek in hotel - Hotel Natasha



Rehat dan tidur










7.00 am : Sarapan pagi











8.45 am : Berkumpul di hadapan hotel









9.00 am : Bertolak ke Kampung Kelantan



Meninjau keadaan sekeliling kampung


Menemuramah penduduk kampung


Mengambil sampel gambar



Sesi bersoal jawap dengan Ketua Kampung








11.00 am : Bertolak ke Kampung Tembiuh



Meninjau keadaan sekeliling kampung








12.00 pm : Bertolak ke Bandar Kota Tinggi



Meninjau keadaan sekeliling bandar








12.45 pm : Rehat






Solat Jumaat





Makan tengahari










2.30 pm : Bertolak ke Pejabat Daerah Kota Tinngi


Tonton slide tentang banjir di Kota Tinggi


Sesi soal jawap dengan Pegawai Daerah








4.00 pm : Bertolak pulang ke UKM


















4 Ogos 2007 ( Sabtu )












1.00 am : Selamat tiba di UKM


Friday, August 17, 2007

pengenalan kota tinggi

Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Keluasan daerah Kota Tinggi ialah 3488.7 kilometer persegi. Aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit dan pertanian di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.

Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan melayu tradisional serta kawasan rancangan tanah Felda. Terdapat juga petempatan orang Asli di daerah ini.

Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi ialah air terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi. Sekiranya anda menyukai kehijauan hutan, Kota Tinggi juga mempunyai Hutan Lipur Panti. Selain daripada itu, sekiranya ingin melakukan aktiviti pendakian, Gunung Panti dan Gunung Muntahak boleh menjadi medan pertarungan. Pantai-pantai yang indah juga menggamit kehadiran pelancong. Antara pantai yang boleh dilawati ialah seperti Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar dan Tanjung Sedili. Jangan lupa berkunjung ke perkampungan orang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi yang unik di seluruh dunia.

Monday, August 13, 2007

hasil tinjauan awal

pada 2hb ogos, saya terlibat untuk membuat tinjauan awal ke kota tinggi untuk membuat persediaan awal sebelum membuat kerja lapangan yang akan dijalankan pada 31hb ogos ini.
hasil daripada pemerhatian saya dikawasan tersebut , masih terdapat kesan-kesan banjir yang berlaku pada disember 2006 dan januari 2007 yang lalu.
tujuan tinjauan awal ini dilakukan ini adalah untuk memberikan kami gambaran awal tentang kawasan yang ingin kami kaji. selain itu juga , ia juga memudahkan kami memilih tajuk untuk kajian yang akan kami lakukan.
keadaan kota tinggi kini boleh diibaratkan sembuh selepas demam kerana baru pulih dari bencana banjir. kesan banjir juga telah mengubah pandang darat kawasan tersebut dimana kami dapat lihat perubahan kawasan setempat. penduduk juga masih lagi dalam truma akibat bencana banjir ini, mereka mudah bimbang apabila hujan turun dan mula berjaga-jaga.

perbandingan aras banjir jan 200 dan dec 2006

perbandingan aras banjir jan 200 dan dec 2006

video banjir