Monday, August 13, 2007

hasil tinjauan awal

pada 2hb ogos, saya terlibat untuk membuat tinjauan awal ke kota tinggi untuk membuat persediaan awal sebelum membuat kerja lapangan yang akan dijalankan pada 31hb ogos ini.
hasil daripada pemerhatian saya dikawasan tersebut , masih terdapat kesan-kesan banjir yang berlaku pada disember 2006 dan januari 2007 yang lalu.
tujuan tinjauan awal ini dilakukan ini adalah untuk memberikan kami gambaran awal tentang kawasan yang ingin kami kaji. selain itu juga , ia juga memudahkan kami memilih tajuk untuk kajian yang akan kami lakukan.
keadaan kota tinggi kini boleh diibaratkan sembuh selepas demam kerana baru pulih dari bencana banjir. kesan banjir juga telah mengubah pandang darat kawasan tersebut dimana kami dapat lihat perubahan kawasan setempat. penduduk juga masih lagi dalam truma akibat bencana banjir ini, mereka mudah bimbang apabila hujan turun dan mula berjaga-jaga.

No comments:

perbandingan aras banjir jan 200 dan dec 2006

perbandingan aras banjir jan 200 dan dec 2006

video banjir