sebenarnya pada masa ini dan seterusnya semua masyarakat menghadapi cabaran yang besar apabila sember-sumber sosial, ekonomi dan alam sekitar mereka semakin berkurangan dan hampir musnah akibat daripada pembangunan itu sendiri yang ada kaitannya dengan urbanisasi.
sekali lagi saya ingin membincangkan tentang pembangunan lestari yang mewakili satu cara menyeluruh untuk mencapai pemuliharaan dan meningkatkan kualiti hidup untuk semua orang dalam masyarakatdengan menghadkan bahan buangan dan pencemaran, meningkatkan status mereka yang miskin, memelihara sember semula jadi, menggalakkan kerjasama dan kecekapan dan membangunkan aset tempatan untuk menggiatkan semua ekonomi.
Dengan mengamalkan pemgangunan lestaridalam jangka panjang beberapa kebaikan akan dapat dinikmati bersama antaranya ialah, kualiti alam sekitar semasa tidak akan musnah, sumber-sumber yang boleh diperbaharui tidak akan berkurangan secara kritikal, nilai sumber-sumber yang tidak diperbaharui diambilkira untuk generasi masa hadapan dan keupayaanspesies lain dan generasi akan datang memenuhi keperluan mereka tidak disekat.
kelestarian patut dilihat sebagai satu falsafah atau etika yang membolehkan masyarakat mengambil kira kesan jangka panjang hasil daripad pelbagai tindakan dan memikirkan secara mendalam merentasi isu, disiplin dan sempadan. pembangunan lestari adalah tindakan untuk keseimbangan (individu, professional dan kerajaan) untuk menyelamatkan ekonomi masyarakat dan mengekalkan integriti alam sekitar dalam cara yang adil dan saksama kepada semua ahli masyarakat.
Wednesday, September 26, 2007
SAMBUNGAN ULASAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment