Wednesday, September 26, 2007
temuan kajian selepas membuat kerja lapangan tentang kesan banjir terhadap perniagaan kecil penduduk tempatan di Kota tinggi johor
Pada 1hb ogos 2007 kami daripada program sains pembangunan yang menganbil subjek urbanisasi dan penbangunan bandar telah pergi ke kota tinggi untuk membuat kajian kesan banjir terhadap perniagaan kecil-kecilan di kawasan itu. kami menggunakan borang kaji-selidik dalam kajian tersebut dimana sebanyak 30orang peniaga disekitar kawasan itu telah kami pilih sebagai responden kami. responden kami terdiri daripada kaum melayu, cina dan india. hasil kajian tersebut, kami dapati bahawa semua perniagaan yang terlibat dengan bencana banjir ini telah mengalami kerugian yang amat tinggi yang agak sukar untuk memulihkan semula perniagaan mereka, ada diantara mereka yang gulung tikar kerana ketiadan modal yang cukup untuk membangunkan perniagaan mereka semula.melalui soal selidik ini juga kebanyakan peniaga kurang berpuashati dengan bantuan yang diberikan oleh pihak pentadbiran tempatan, mereka menyatakan ramai yang tidak layak menerima bantuan tetapi datang untuk mengambil bantuan yang disalurkan. Dan megikut pemerhatian kami rata-rata peniaga menunding jari kepada pihak berkuasa tempatan kerana tidak membuat pembahagian bantuan dengan sistematik yang menyebabkan pertindihan agihan bantuan kepada penduduk dan ada yang langsung tidak menerima bantuantersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment